Sabtu, 7 April 2012

About Me

Hai semua! Nak kenal saya dengan lebih lanjut? Okey. Nama saya Wan Nur Faizatulakmal bt. Wan Ahmad Zaki. Panjang tak nama? Hahaha

Saya berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang ataupun Kelate. Saya memang peminat setia budu. Awas! Sesape yang kata budu tak sedap atau bau busuk akan terima serangan saya! Muahahahaha!!!

Umur saya... Erm.. saya lahir tahun 1999. Fikir sendiri doe..

Idola? Sesipa pun boleh jadi idola saya samada ibubapa, guru, dll. Tapi, idola yang paling bagus untuk dicontohi ialah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Penulis kegemaran saya adalah Ain Maisarah dan J.K. Rowling. Buku-buku diorang memang best sangat! :D

Makanan kegemaran? Tak payah cakap lah. Semua jenis makanan saya sambar kecuali yang warna hijau (paham-paham lah)

Saya bersekolah di SK Renok Baru, Gua Musang pada tahun 2006 hingga tahun 2008 dan berpindah ke SK Mulong 1, Kota Bharu pada tahun 2009 hingga 2011. Kini saya belajar di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu.

Favourite colour saya fleksible. Kalau mood saya tengah bengang atau marah saya akan tertarik kepada warna hitam dan begitulah sebaliknya.

Cita-cita saya ialah terbabit dalam bidang politik... Ehh!!  Gurau je.. Cita-cita saya ialah menjadi seorang pensyarah perubatan dan berharap dapat ke peringkat doktor falsafah.

Nombor telefon saya ialah 01X-XXXXXXX. Hahaha. Mana boleh kasi tau! :p

Moto hidup saya ialah BE THE BEST AMONG THE BEST.

Okey, rasanya ini saja yang mahu saya kongsi. Doakan saya berjaya di dunia dan di akhirat ya! Love you!!!




I'm Muslim and I'm proud

Isnin, 2 April 2012

Kelas Kesayangan Aku:6 Pintar 2011

  Hai semua..
Sebenarnya saya tengah dilamun rindu ni dengan kelas lama saya. Saya rindu mahu gelak ketawa dan bergurau senda dengan mereka. Apa yang mereka buat sekarang ya.. Harap korang tak lupakan saya.. Eh silap! Korang lupakan saya, saya tak kisah tapi jangan sekali-kali lupa pada ALLAH dan sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang dilimpahkan-Nya kepada kita. Jangan lalai dan leka dan sentiasa patuh segala suruhan-Nya. Jangan sibuk nak berkapel aje! Apa yang nak dibanggakan sangat kalo setakat ade pakwe atau makwe sorang dua. Kalo bangga sbb ade suami atau isteri yang soleh n solehah tu tak pe juga. Okey maaf. Saya memang tersasul. Nak lepas rindu tapi pergi meleter pula. Hmmm... Apakah ini tanda kematangan saya? Wah.. ada gaya jadi mak yang garang ni.. :p Haha mencarut je saya ni.. Saya taruk gambar kelas saya dalam ni sebagai pengubat rindu ekk..




  Okey. Malas dah nak sentuh keyboard nih. Assalamualaikum...
(Sambil-sambil baca tu jangan lupa follow! Amboi.. :p)


I'm Muslim and I'm proud