Ahad, 20 Mei 2012

Lemon Tree


Hai! Ni lagu yang adik saya dan kawan-kawan dia nyanyi masa hari guru bekas sekolah saya. Tak taulah best ke tak. Bagi saya best lah jugak. Anyway, lain orang lain pendapat. Enjoy!


I'm Muslim and I'm proud

Jumaat, 18 Mei 2012

Jalan-jalan cari kain pasang

 Assalamualaikum blogger!

Hai hai hai! Dah beli baju raya? Saya dah beli! xD Letih betul semalam. Pusing keliling Kota Bharu untuk cari kain pasang memang buat saya sakit-sakit belakang. Dan untuk pengetahuan anda, empat buah kedai saya terjah semata-mata untuk beli kain! Hahahaha..

 First, saya pergi Nagoya. Tapi malangnya, tiada satu pun yang berjaya menggoda saya :'( . Mama cuma beli kain langsir je dan kitorang pun blah dari situ. Dah lah tangan saya melekit(saya tertumpahkan Slurpee atas tangan saya dan tak jumpa paip air. waaaa!! sedihnya.. >_<)

 Lepas puas pusing satu Nagoya dan tak jumpa satu pun kain yang berkenan, saya singgah di Kak Yam Textiles. Tapi semua baju di situ sudah siap dijahit dan yang lebih malang tak ada satu pun yang sesuai dengan saya. Sedih betul jadi orang yang terlebih sihat ni.

 Selepas itu cuba teka mana saya pergi. Hahaha..  Saya pergi Pasar Siti Khadijah! Tapi kain kat sana tak banyak pilihan. Dah lah tempat jual kain kat tingkat tiga! Jadi saya pujuk mama supaya tak perlu naik ke sana. Hohoho.. Kitorang cuma pergi kat kawasan kuih-muih dan tempat jual ikan.

 Akhir sekali, saya pergi ke Butik Laila Rawas. Pusing punya pusing tapi masih tak ada satu kain pun yang berjaya menggoda saya. Tiba-tiba, mata yang berwarna coklat kehitam-hitaman ini terpandang sepasang kain yang sungguh cantik. Haa.. Cuba teka apa nama kain tu.. Jeng jeng jeng.. Nama kain tu 'Ombak Rindu'. Hahahaha!! Nasib baik tak tergelak kat sana. Tapi kain tu cantik sangat. Macam-macam warna ada. Saya pilih warna kuning untuk diri saya dan warna merah untuk minah gedik a.k.a Auni. Entah kenapa saya pilih warna kuning. Pekena Bersih kot.. :p

 Okey tu jer nak cerita. Wassalamualaikum.


I'm Muslim and I'm proud

Ahad, 6 Mei 2012

Pot pet pot pet

Hai hai hai!
 Rindu saya? Ewww... Just kidding bro. Arhh.. Ngantuk nya. Maklumlah hari ni saya bangun awal sikit. Biasanya lepas sembahyang subuh saya akan tido balik. Pukul 9 hingga pukul 10 baru saya bangun. Tapi hari ni tak sebab saya nak ubah gaya hidup saya yang tak berapa sihat ni. Lagipun, berpagi-pagi tu membuka pintu keberkatan. Kalau bangun lewat nanti rezeki mahal.
  Okey, nak bebel pasal apa ya hari ni? Hurmm... Oh ya! Eh, apa yang saya fikir tadi? Oh tidak. Saya jadi pelupa lah pulak. Nilah akibatnya suka makan janjan. Kepada anda yang sedang membaca, amalkan pemakanan yang berkhasiat ya. (tak sedar diri :p)
 Saya nak tanya ni. Mana nak dapatkan baju bola The Red Warriors ya? Kepada mereka yang tinggal di area Kota Bharu tu tolong rekomen kan pada saya ya. Bagitau di ruangan chatbox atau comment. Tapi kalau yang orang jual tepi jalan tu tak mo lah. Saya nak yang ori punya.(mengada betul)
 Kalau dibaca balik post saya ni tak ada apa yang penting pun. Memang lah. Sebab saya kering idea. Tak tau apa yang nak dikongsikan. Nantilah kalau ada info yang berguna insyaallah saya akan kongsikan. Kalo ada masa petang ni jugak saya akan tulis entri.
 That's all for today. BTW, enjoy this!



I'm Muslim and I'm proud

Khamis, 3 Mei 2012

Menuju Wawasan



Hai! Ni lagu tema masa saya orientasi dulu. Enjoy! Tapi sebelum tu pause dulu lagu di bawah.. :)


I'm Muslim and I'm proud

Selasa, 1 Mei 2012

Kitty Cat

Hai. Lama tak post entri. Kali ni tak nak post panjang-panjang. Sekadar untuk share gambar ni je. Indah kan ciptaan Allah? :)


I'm Muslim and I'm proud

Sabtu, 7 April 2012

About Me

Hai semua! Nak kenal saya dengan lebih lanjut? Okey. Nama saya Wan Nur Faizatulakmal bt. Wan Ahmad Zaki. Panjang tak nama? Hahaha

Saya berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang ataupun Kelate. Saya memang peminat setia budu. Awas! Sesape yang kata budu tak sedap atau bau busuk akan terima serangan saya! Muahahahaha!!!

Umur saya... Erm.. saya lahir tahun 1999. Fikir sendiri doe..

Idola? Sesipa pun boleh jadi idola saya samada ibubapa, guru, dll. Tapi, idola yang paling bagus untuk dicontohi ialah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Penulis kegemaran saya adalah Ain Maisarah dan J.K. Rowling. Buku-buku diorang memang best sangat! :D

Makanan kegemaran? Tak payah cakap lah. Semua jenis makanan saya sambar kecuali yang warna hijau (paham-paham lah)

Saya bersekolah di SK Renok Baru, Gua Musang pada tahun 2006 hingga tahun 2008 dan berpindah ke SK Mulong 1, Kota Bharu pada tahun 2009 hingga 2011. Kini saya belajar di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu.

Favourite colour saya fleksible. Kalau mood saya tengah bengang atau marah saya akan tertarik kepada warna hitam dan begitulah sebaliknya.

Cita-cita saya ialah terbabit dalam bidang politik... Ehh!!  Gurau je.. Cita-cita saya ialah menjadi seorang pensyarah perubatan dan berharap dapat ke peringkat doktor falsafah.

Nombor telefon saya ialah 01X-XXXXXXX. Hahaha. Mana boleh kasi tau! :p

Moto hidup saya ialah BE THE BEST AMONG THE BEST.

Okey, rasanya ini saja yang mahu saya kongsi. Doakan saya berjaya di dunia dan di akhirat ya! Love you!!!




I'm Muslim and I'm proud

Isnin, 2 April 2012

Kelas Kesayangan Aku:6 Pintar 2011

  Hai semua..
Sebenarnya saya tengah dilamun rindu ni dengan kelas lama saya. Saya rindu mahu gelak ketawa dan bergurau senda dengan mereka. Apa yang mereka buat sekarang ya.. Harap korang tak lupakan saya.. Eh silap! Korang lupakan saya, saya tak kisah tapi jangan sekali-kali lupa pada ALLAH dan sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang dilimpahkan-Nya kepada kita. Jangan lalai dan leka dan sentiasa patuh segala suruhan-Nya. Jangan sibuk nak berkapel aje! Apa yang nak dibanggakan sangat kalo setakat ade pakwe atau makwe sorang dua. Kalo bangga sbb ade suami atau isteri yang soleh n solehah tu tak pe juga. Okey maaf. Saya memang tersasul. Nak lepas rindu tapi pergi meleter pula. Hmmm... Apakah ini tanda kematangan saya? Wah.. ada gaya jadi mak yang garang ni.. :p Haha mencarut je saya ni.. Saya taruk gambar kelas saya dalam ni sebagai pengubat rindu ekk..




  Okey. Malas dah nak sentuh keyboard nih. Assalamualaikum...
(Sambil-sambil baca tu jangan lupa follow! Amboi.. :p)


I'm Muslim and I'm proud

Khamis, 15 Mac 2012

Blog Oh Blog.

Assalamualaikum peneroka blog semua.

 I've got a news! Blog ini akan diubah suai untuk jadi lebih menarik. Yelah. Orang lain punya blog semua nya blinking and glimmering!! Saya pun nak hias blog juga. Baru orang semangat nak baca.

 Nama blog ini pun akan ditukar. Ha..ha.. Kenapa? Sebab, takut budak nakal tambah...

Pabila Fay Berbicara..
Dunia jadi huru-hara!!
 
 Ha..ha.. Tu pasal nak tukar page title. Nama baru nya sudah ada. Nanti bila blog siap lu tengok la sendiri. Theme ini akan di kekalkan. Gaya hitam putih memang aku suka!! Biasanya perempuan sebaya saya suka yang pinky atau warna terang-terang. Tapi saya tak! Memang saya tak suka pink(walau hakikatnya baju saya banyak kaler pink =_='). Kawan saya yang sorang tu ada cakap warna hitam putih macam warna taik cicak! Ade ke warna faveret saya macam warna najis binatang tu. :'(

 Music akan juga akan ditambah. Tengah fikir lagu apa yang sesuai. Hmmmm... Lagu Maher Zain kot. Tak kan lagu korea pula. Tak padan ngan budak sekolah agama hahaha. Tengok lah macam mana.

 Saya pun dah kerah kawan-kawan saya untuk tolong hias blog ni. Baik betul diorang nak tolong. Jangan minta upah sudah! Dah lah saya pun tengah dilanda 'kemiskinan'. Duit saku semua abes. Ni lah padahnya boros sangat. @_@

  Ok. Malas nak cakap panjang-panjang. Selamat tinggal pembaca! Sorry entri pendek je. Tapi, memang semua entri yang saya post pendek-pendek belaka. Hahaha.




I'm Muslim and I'm proud

Sabtu, 3 Mac 2012

Pesko MMP



 Hi blog! Sorry lama tak menulis sebab tak sempat(sebenarnya malas). Oh ya! Pada 29 Februari yang lalu(merangkap hari lompat) sekolah saya telah mengadakan Pesko Tahunan kali ke berapa entah. Memang top giler lah. Pak Cik Kuman pon ade jugak. Oh tidak!!!

Ho..ho..ho.. Jangan lupa basuh tangan ya!!

Seronok sangat. Pertandingan pondok tercantik pon ada. Dan juaranya adalah pondok kuning yang bertemakan Istana Diraja. Kuning kan warna diraja. Pasukan saya lah tu.. ^_^


Cikgu-cikgu sedang menyiapkan pondok.

Tu lah dia Sultan kita. Yang dua orang tu dayang. (Tak malu dayang bergurau depan Sultan)


Selain dari pondok, ada juga pertandingan perbarisan rumah sukan dan unit beruniform. Perbarisan unit beruniform dimenangi oleh Kadet Pertahanan Awam Malaysia. Pasukan Taekwando dapat saguhati je. Hu..hu.. Apepun tahniah lah ye. Untuk Pasukan Taekwando tahun depan usaha lagi. :)

Kadet Pertahanan Awam(Juara)

Persatuan Kadet Briged Bakti

Ha..ha.. Minta maaf sebab sikit je gambar. Ni kawan saya yang tolong ambilkan. Entah kenapa dia ambil gambar sikit je. Hu..hu..

 Dan selesai sudah Pesko untuk hari itu. Juara rumah sukan ialah Biru. Tahniah! Walaupun Rumah Kuning kalah tetapi saya rasa sungguh seronok!

 Sekian saja dari saya. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Ehh tunggu dulu!!! Saya belum tunjuk lagi gambar gerai jualan.

Gerai jualan yang bertapak di medan Thobour.

 Baiklah. Cukup setakat ni saja. Kalau nak tahu lebih banyak informasi tentang Maahad Muhammadi Perempuan bolehlah ke portal MMP di http://www.mmp.yik.edu.my/ atau di facebook http://www.facebook.com/pages/Maahad-Muhammadi-Perempuan/ 
                                                                                                                           
                                                                                                                          Sekian..


I'm Muslim and I'm proud

Khamis, 2 Februari 2012

MMP~Flipping Fantastic!!




  Hari ni saya nak cerita serba sedikit mengenai sekolah baru saya iaitu Maahad Muhammadi Perempuan atau nama singakatannya MMP. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini memang mulut saya ternganga melihat keindahan kawasan sekolah ni yang luas dan mendamaikan. (tipu jer. :p) Memang senak perut lah kalau berjalan sekeliling kawasan sekolah tu. Nasib baik blok kelas saya dekat je dengan pintu pagar dan kantin. Kalau tak pergi sekolah tembam lagi. Balik sekolah kurus kering macam ikan kering. Ha..ha.. (loya buruk aku ni). Kebetulan sekolah saya berada di kawasan pusat bandar. Dan tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Jadi, apa lagi.. Berjalan sakanlah kitorang. Tapi memandangkan sekolah saya tu sekolah agama arab jadi peraturan sedikit ketat. Para pelajar tidak boleh melepak di kawasan larangan dengan memakai pakaian sekolah kecuali bersama ibu bapa atau penjaga (ada dinyatakan dalam buku peraturan sekolah MMP)  Arahan daripada unit apa entah. Kalau setakat Pasar Siti Khadijah, Mydin Mall atau SMO tu bolehlah. Oh ya! Ada satu lagi. Jangan ingat mentang-mentang ini sekolah agama perempuan jadi tiada aktiviti ko-kurikulum ya! Ada sebenarnya. Ulang suara. Memang ada okey! Saya masuk Persatuan Taekwando. Ha..ha.. Barulah mencabar sikit. Tendang sana tendang sini. Manalah tahu kalau-kalau saya boleh guna teknik ni pada waktu-waktu kecemasan. Maklumlah. Penjahat semakin berleluasa sekarang. Oh ya! Saya belum cerita lagi tentang para pelajar disini. Memandangkan sekolah saya ni Maahad Kawalan, jadi pelajarnya ada yang datang dari seluruh dunia! Err.. Sebenarnya dari seluruh Malaysia je. Kakak-kakak kat sini semuanya okey je cuma ada lah seorang dua yang agak menjengkelkan. Hi..hi.. Hmm.. apa lagi nak cerita ya.. Banyak lagi sebenarnya tapi sampai sini sahajalah saya menaip. Jari jemari saya yang tak berapa runcing ni dah lenguh nak menaip. Saya bukannya boleh menaip panjang-panjang macam novelis popular Ain Maisarah yang menjadi kegilaan para remaja tu. Okey, Wassalam.


I'm Muslim and I'm proud