Hari ni saya nak cerita serba sedikit mengenai sekolah baru saya iaitu Maahad Muhammadi Perempuan atau nama singakatannya MMP. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini memang mulut saya ternganga melihat keindahan kawasan sekolah ni yang luas dan mendamaikan. (tipu jer. :p) Memang senak perut lah kalau berjalan sekeliling kawasan sekolah tu. Nasib baik blok kelas saya dekat je dengan pintu pagar dan kantin. Kalau tak pergi sekolah tembam lagi. Balik sekolah kurus kering macam ikan kering. Ha..ha.. (loya buruk aku ni). Kebetulan sekolah saya berada di kawasan pusat bandar. Dan tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Jadi, apa lagi.. Berjalan sakanlah kitorang. Tapi memandangkan sekolah saya tu sekolah agama arab jadi peraturan sedikit ketat. Para pelajar tidak boleh melepak di kawasan larangan dengan memakai pakaian sekolah kecuali bersama ibu bapa atau penjaga (ada dinyatakan dalam buku peraturan sekolah MMP) Arahan daripada unit apa entah. Kalau setakat Pasar Siti Khadijah, Mydin Mall atau SMO tu bolehlah. Oh ya! Ada satu lagi. Jangan ingat mentang-mentang ini sekolah agama perempuan jadi tiada aktiviti ko-kurikulum ya! Ada sebenarnya. Ulang suara. Memang ada okey! Saya masuk Persatuan Taekwando. Ha..ha.. Barulah mencabar sikit. Tendang sana tendang sini. Manalah tahu kalau-kalau saya boleh guna teknik ni pada waktu-waktu kecemasan. Maklumlah. Penjahat semakin berleluasa sekarang. Oh ya! Saya belum cerita lagi tentang para pelajar disini. Memandangkan sekolah saya ni Maahad Kawalan, jadi pelajarnya ada yang datang dari seluruh dunia! Err.. Sebenarnya dari seluruh Malaysia je. Kakak-kakak kat sini semuanya okey je cuma ada lah seorang dua yang agak menjengkelkan. Hi..hi.. Hmm.. apa lagi nak cerita ya.. Banyak lagi sebenarnya tapi sampai sini sahajalah saya menaip. Jari jemari saya yang tak berapa runcing ni dah lenguh nak menaip. Saya bukannya boleh menaip panjang-panjang macam novelis popular Ain Maisarah yang menjadi kegilaan para remaja tu. Okey, Wassalam.














